Wednesday, November 24, 2010

Seikhlas manakah hati anda apabila ber”Facebook”?

Sana-sini semua orang ada akaun FB..dari anak kecil sehingga yang pangkat atuk/nenek pun dah ada FB. Saya juga ada akaun FB tapi saya bukan FB tegar.(baru-baru ni saya dah de-activate pulak)

Memang seronok melihat rakan-rakan lama dari sekolah rendah lagi, dah berbelas-belas tahun tak berjumpa, dapat tengok gambar latest pun jadi lah…Seronok jugak melihat perkembangan rakan yang berjaya dalam bidang diceburi, membaca info-info yang baik dan boleh di teladani, ada yang sempat berniaga juga seperti saya,he,..he..he…

Mula-mula tu seronok jugak..type ajelah kat Wall tu, nanti semua orang boleh baca luahan/info dari kita.
Tapi terfikir di hati ini…adakah PERLU?
Perlukah kita memberitau apa yang kita buat setiap masa?
Berbaloikah masa yang kita gunakan untuk ber-FB?
Berapa ramaikah yang set the highest security terhadap gambar-gambar?
Bagaimana pula gambar yang kita uploadkan ke FB boleh di download sesuka hati oleh orang yang kita kenal atau tidak kenali sekiranya level security yang kita set begitu rendah sekali?

Tapi yang paling penting,”Apabila anda taip apa-apa di FB, adakah taipan itu ikhlas untuk tatapan rakan FB anda?” Hanya ditakuti ianya di selami dengan riak, menunjuk-nunjuk, bangga diri,dll. Tepuk dahi..err..sakit tak?












Friday, July 23, 2010

Keikhlasan Berniaga

Pernah beli goreng pisang?Pernah beli cakue goreng?Pernah beli keropok lekor?Pernah beli popia goreng?Rasanya itu perkara "common" yang kita akan beli di hujung minggu atau di petang-petang hari ataupun di pasar malam mahupun di pasar tani..Err..mana-manalah...

Kami selalu memperkatakan sesuatu suami-isteri setiap kali membeli apa-apa yang di goreng. Kalau sedap, kami kata "Ikhlas, alhamdulillah. Semoga perniagaannya berkembang maju". Kalau rasa minyak hitam melekat kat dalam kerongkong waktu tengah makan, "Kurang ikhlas, semoga orang tu terbuka hatinya untuk memperbaiki kelemahan diri"

Saya pula selalu memperhatikan minyak dan jenis kuali yang digunakan untuk menggoreng. Ada tu minyak-nya hitam sekali, tak pasti samada kuali yang hitam atau minyaknya yang hitam. Entah recycle berapa kali wallahualam. Ada juga yang memakai kuali nipis yang tak sesuai langsung untuk menggoreng. Pernah juga terbaca email bahaya makan makanan bergoreng yang menggunakan minyak lebih dari 2-3 kali. At last, kami beli yang belum di goreng. Penat sedikit tapi yang penting kami guna minyak kami sendiri.


Untuk orang yang nak berniaga(peringatan untuk diri saya sendiri), selalu letakkan kedudukan anda sebagai pengguna/pembeli.Bayangkanlah sedap ke kalau apa yang anda jual, anda sebagai pembeli yang makan?





Sunday, July 11, 2010

D'Douz Choc Cheese Cake




Sedap tak? Kenalah tanya saya samada nak tau sedap ke tak? Kek yang dibuat oleh kakak saya sendiri, kak long saya : Faridah


Bahagian bawah kek coklat, atas cheese cake, antara tu kak long saya letak kinder bueno...lepas tu topping coklat dan chocolate rice kaler-kaler..lepas tu strawberi dan ceri..yum!yum!.masih ada sedikit lagi di fridge..he..he..he..

Petang tadi saya dan kak ngah belajar buat kek dari kak long...oleh sebab adik-adik belajar dari kak long, kami ni banyak main dari belajar..kesian kat kak long kami...murid-murid amik kesempatan betullah..

Sebenarnya, ni kali pertama kak long buat choc cheese cake...kami ni jadi penguji pertama laa rupanya..err..jadi QC sekejap..tapi apa-apa pun, nak tabik spring kat kak long..di sebalik sibuk ngan kerjaya-nya sebagai lecturer, masih sempat lagi nak buat kek-kek ni..kami ni jadi QC inspector ajelah yea...














Wednesday, June 23, 2010

Handphone besar

Di dalam kereta semasa Ibu sdang memandu,
Kakak : Ibu, handphone kakak rosak beli baru ke?
Ibu : Ya
Kakak : Yes! Kakak tak nak jenis yang sama tau. Kakak nak yang sama macam kawan kakak..Tapi handphone dia besar laa..
Ibu : Besar macam mana kakak?
Kakak : Besar lah…Tapi tak de lah besar macam motor tu (…sambil menudingkan jari ke arah motor di depan kami) . Besar macam gini(…sambil menggunakan kedua-dua tangan untuk menunjukkan besar mana handphone tu)
Ibu : Hmmm…bukan besar la kakak..Tebal…




Kumon matematik

Kakak : “Ibu, kakak malas lah nak masuk Kumon lagi. Nanti masuk bahagi kakak tak tau nak buat” <- Kebetulan masa tu di sekolah dia belajar bahagi dan masa tu susah sekali
Ibu ; “Dulu, kakak yang nak masuk sangat, buat aje laa. Kalau tak belajar, macam mana nak pandai?”
Abang : “Tak pe nanti kalau belajar bahagi, abang ajar kakak”
Kakak : “Tak nak..sekarang kakak belajar campur, nanti kalau sampai bahagi, ganti dengan abang, abang pulak pergi Kumon”
<- pulakk dahh…




Semasa tengok sebuah drama

Ibu : “Asyik nak berpeluk aje si M*** ngan A*** ni”
Masa M*** dah berbaik dengan A***, mereka pun melagakan kepala -
Kakak : “Isykh….tak de kutu ker?




Monday, June 14, 2010

Melaka Wonderland














Pada June 2010, kami sekeluarga telah berkunjung ke Melaka Wonderland (5 beranak).Oleh kerana cuti sekolah, harga pun ikut rate public holiday, tapi ada family package RM99 untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak..semestinya untuk baby... free..
Masa nak masuk tu , ada pengawal periksa semua beg-beg yg kita bawak. Ala2 kastam yang check barang seludup lah, ha, macam tulah gayanya. Sebab apa? Sebab diorang takut kita ada seludup makanan masuk dalam premis Wonderland tu.

Tempat baru, semuanya nampak cantik tapi kami rasa Melaka Wonderland perlu mempercepatkan lagi proses tumbesaran pokok-pokok di sekeliling tapak permainan (Tapi macam mana nak cepatkan tumbesaran pokok tu ek?). Sebab...Panas tu..takde pokok untuk berteduh..kat dalam Wonderland banyak sangat guna jalan yang di-tarkan...lepas tu alas pelapik di atas jalan tar tak di siram air, naik pijar jugaklah kalau jalan berkaki ayam masa nak bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi. Dinasihatkan , kalau anda berhajat nak kesana , jangan lupa guna selipar ke apa ke ...asalkan tak berkaki ayam.

Toilet? bersih lah jugak..tapi ada juga tandas yang tidak boleh di gunakan..tapi kira puas hati lah tahap kebersihan tandas tu. Nak dijadikan cerita , kami tertinggal boya/pelampung untuk baby kami, ingatkan nak beli lain kat kedai serbaguna Wonderland tu ,tapi tak sangka pula tak de di jual kat situ. Kira tak berapa serbaguna lah...
Lagi satu pengalaman masa nak guna safety box dia. Sekali guna satu token berharga RM4. Oleh kerana jarang guna peti macam ni , kalau anda tesilap langkah , token anda mungkin akan ditelan. Jalan penyelesaian nya ...beli lagi satu token RM4. So , hari tu , untuk simpan barang je ..habis RM8. Isk ...padan muka sendiri.



Tang makan pulak, kat sana semuanya RM10 dalam bentuk set, ada set nasi ayam,mee,spagetti,nasi lemak,etc...tak de ala-carte..kami nak beli spagetti pun kena beli set..at least bagi lah kami pilihan sebagai pembeli. Air pula air berkarbonat...Buah dapat buah epal hijau comel...tak pasti samada buahnya bertukar-tukar ke tak..rasanya free untuk hari tu je kot. Bila perut dah lapar , makanan sejuk pun terasa sedap.


Tapi anak-anak kami suka main air di sana... enjoy sakan diorang main air.. semua permainan dapat diorang main ..berkali-kali ...tak payah tunggu-tunggu..tak payah beratur...kenapa? .Sebab tak de orang. Bukan kata budak-budak , tapi ada satu group makcik-makcik yang datang tu pun enjoy sakan main slide air kat sana . Memula tu macam tak konfiden je tengok makcik-makcik tu nak race antara diorang , tapi bila dah tau thrill dia , tah berapa puloh kali tah diorang race. Kami tumpang ketawa je lah. Semua atas satu sebab ... iaitu
takde pengujung. Memang RM99 tu mahal jugak , tapi berbaloi lah jugak sebab dapat main semuanya tanpa nak tunggu2 , beratur2 tu semua....








Nenek

Dalam bulan Syawal :
Kakak : “Ibu, kalau malam raya, kenapa kakak kena pergi umah nenek?”
Ibu : “Yea lah…malam raya selalunya macam gitu. Sambil buat persiapan nak raya besok, masa tu lah masa nak berkumpul adik-beradik/anak beranak”
Kakak : “Ohh…hmmm… mak long tu nenek cik nur ke?”
Ibu : “Kenapa kakak cakap macam tu?”
Kakak : “Abis tu, bila malam raya cik nur balik umah mak long?”
Ibu : “Mak long, kakak cik nur yang paling tua…Ibu kan dah tak de atok minah dan atuk akop, mak long yang paling tua, sebab tu adik-adik pergi umah mak long..”



Pilih suami

Semasa balik dari rumah,tengah nak parking kereta :
Kakak : “Ibu, macam mana ibu pilih ayah jadi suami ibu?”
Ibu : “Kenapa kakak cakap macam tu?”
Kakak : “ Yea lah…macam mana nanti nak pilih suami kakak…nanti mana tau dia suka hisap dadah ke, minum arak ke? Takutnyaa…”
Ibu : “Kakak tengoklah keluarga dia dulu. Kalau keluarga yang baik, insya’allah orang tu baik”




Penangan melihat 2012

Semasa sedang menghantar bebudak ke taska
Kakak : “Ibu, murahnyaaaa rumah ni!!! RM dua ratus Sembilan puluh lapan ringgit aje..kakak nak belilah…”
Ibu : “Ada kosong-kosong kat belakang dia lah kakak…Nak dekat 3 ratus ribuu..”
Kakak :”Eh yea ke?”
Ibu : “Yea lah..mana ada rumah murah-murah…Kalau nak beli rumah mahal-mahal, kenalah belajar rajin-rajin…”
Kakak : “Tapi kan dunia sampai 2012 aje..sampai kakak darjah 5…kenapa nak belajar rajin-rajin?..”
Ibu : “…….Itu cerita aje lah kakak..Bukannya betul pun..Kita tak tau…Hanya Allah aje yang Maha Mengetahui”




Wednesday, June 9, 2010

Alahai anak omak!!!

Anda ada anak perempuan? orang jepun panggil anak perempuan "musume":娘(むすめ)

Rumah sebelah kami kosong sampai sekarang – Rumah untuk disewa /jual
Kakak : “Ibu, kakak takut kalau abang kahwin dulu”
Ibu : “ Kenapa?”
Kakak : “Nanti kalau abang kahwin dulu, dia mesti nak beli rumah sebelah ni..abis tu kakak nak duduk mana nanti?”
Ibu : “Kalau dah kahwin, jangan duduk dekat-dekat..duduk lah jauh-jauh..”
Kakak : “tak nak!...Nak jugakkk duduk sebelah rumah ibu!”



Tuesday, June 8, 2010

Cik Mat Tak Selamat

Nak citer sikit insiden yang berlaku…kalau di fikirkan balik gelihati mendengarnya…
Bulan Julai 2009, semasa masih dalam cuti bersalin dan tengah window shopping di IOI Mall, aku mendapat telefon dari nombor yang tidak di kenali.

Bila dengar suara, rupanya suara anakku mengatakan sambil suaranya seakan-akan hendak menangis…

Kakak : “Ibu, tolong bawakan kakak buku Cik Mat Tak Selamat ke sekolah?
Ibu : “Apa kakak? Cuba ulang balik?” < biasalah kat dalam shopping mall mana dengar clear…
Kakak : “Cikk Matt Takk Selamatttt”
Ibu : “Tak dengar lah kakak..Ni pakai nombor telefon sapa ni?”
Kakak : “Teacher punya. Dia yang suruh call suruh bawak buku tu..Cikkk Matttt Takkk Selamatttttt”
Ibu : “Hmmm…tak dengarlah kakak…Cuba kakak cakap slow-slow???Kat mana buku tu? Ibu bukan ada kat umah ni”<- baru sampai 5 minit kat IOI ni..
Kakak : “Cikkk……. Matttt………. Takkk…….Selamatttttt Kat tempat buku-buku. Bawak ke sekolah tau, kakak tunggu…”

Aku terpinga-pinga..apa punya silibus kat sekolah ni…dulu kecik-kecik tak pernah dengar pun.. buku cerita agaknya.. Aku pun balik dengan tergesa-gesa. Sampai di rumah, baru terperasan.. “Cermat Tiba Selamat” rupanya…Itulah…kekadang kita sebagai ibu bapa pun tak peka dengan pelajaran anak-anak di sekolah…Sampai hari ini, kalau terpandang buku itu, aku akan tersengih-sengih sendirian..


My Water Moments

My Water Moments

Hi, I am Sofea, I am 13 months old. I’m still new to this world. Anything I see is new to me. When I went to Tiara Beach Resort with my family, really-really for the first time in my life, I got changed to a yellow what so called bikini by my mom. But maybe she’s afraid of me getting cold(but I’m already wet), she wore me a shirt inside.
She also bought me a yellow buoy where I can sit and crawl my leg like sitting in a walker…ha..ha..ha..

My first moment playing with water was ?!@#$%^&*(). I saw my sister and my brother enjoyed playing with water. But I’m not too sure what should I play. Just sitting on the buoy and my mom bring me here and there and try to make me laugh…ha..ha..ha…

3 days 2 night we were at Tiara Beach Resort, I’ve been in a water theme park 3 times…I cannot think much but what I remembered now was I’m not afraid with water anymore and my bathing moment is the great event which I'm always waiting for every day(twice a day! ..)..

And it is really great if I could share my water moments after this with the ‘MY SONY TX5’…With water-proof and shock-proof(I’m only 130cm) SONY TX5 has, I have no doubt my parents would allow me to use it anywhere and anytime I want…he..he..he



Water-proof
Dive in with the water-proof Cyber-shot TX5. Capture beautiful underwater shots up to 3m deep for up to 60 minutes*.

Temperature-proof
Keep on shooting even below freezing point up to –10ºC** with this tough camera in harsh weather conditions.

Dust-proof
With the superb dust-resistance of the Cyber-shot TX5, you can be assured to always get spotless images whatever the environment is!

Shock-proof
The shock-proof design of the Cyber-shot TX5 allows drops of up to a height of 1.5m*, the usual height we hold the camera for photo-taking.

Me without the yellow buoy in Melaka Wonderland(June2010) - actually my mom forgot to bring my 'yellow-walker'..aha... but she did brought me my sister's 8 years swimming suit..I'm only 13mth...hu..hu..












Thursday, June 3, 2010

What will a chicken do?

I cannot remember when I heard from Hits.FM....but this question really makes me laugh..ha..ha..ha..

"WHAT WILL A CHICKEN DO WHEN IT SAW A FRIED CHICKEN?"..maybe KFC?


Buat Duit Dengan Nuffnang

信じられないです。。。50センもらちゃった。。。嬉しい。。。

hmmmm...macam tak percaya aje...dapat 50sen...seronoknyaa...berminggu-minggu cuba...akhirnya dapat juga...alhamdulillah...masih tengah belajar lagi..he..he..he..

Step 1 : Create blog
Step 2 : Register blog di nuffnang
Step 3 : Paste nuffnang code di Header, Body dan juga Side Frame.
Step 4 : Buat trafic ke blog anda guna http://innit.nuffnang.com
Step 5 : Rajin-rajinlah update blog anda setiap hari
Step 6 : Promosi blog anda

Sebelum tu baca tips-tips "Cara-cara buat duit dengan Nuffnang". type aje ler keyword tu kat google, berlambak keluar

Renung-renungkan...dan selamat belajar...


Sunday, May 30, 2010

Penapis Air Imtiyaaz

Mengapa perlu beli penapis air yang mahal kalau ada yang murah,berkualiti dan yang penting HALAL?

Penghantaran percuma seluruh Malaysia Barat.
Sabah dan Sarawak RM100 seunit..
Singapore/Brunei tambah RM170 seunit

Pemasangan juga percuma sekiranya anda tinggal berdekatan dengan stokis-stokis kami.

Hubungi Eila/Zam : 019-7588649/019-7788649
http://imtiyaaz-eila.blogspot.com
http://www.fazilah.imtiyaaz.my/
email : nagisasofea@yahoo.com or hananagisa@gmail.com





Imtiyaaz Membran-pemasangan percuma RM1798























Dr Imtiyaaz RM1480


















Imtiyaaz Ekslusif RM798





































Imtiyaaz SE Transparent RM598
























Imtiyaaz SE Kelabu RM598





Saturday, May 29, 2010

Tiara Beach Resort

Pada March 2010, kami sekeluarga telah pergi ke Tiara Beach Resort, Negeri Sembilan. Kami menempah menerusi ejen dan bukan menerusi hotel. murah aje..satu malam biasanya RM280 tapi dapat RM150 untuk studio type...yuhuu....jimat-jimat...tapi kalau dah thru agent, kena makan kat luar aje lah..agent hanya bersihkan bilik sebelum kami check-in dan selepas check-out..

Bilik??? boleh laa...Kami dapat bilik di tingkat 5. Tapi nasib kami baik sebab bilik mengadap pool...kalau ngadap hutan depa kata tak seronok...Kalau family suite, ada yang tawarkan Rm400 untuk 3D2N. satu malam RM220.

Sebab tak thru hotel, kami punya procedure pelik ckit. Deposit RM100 dulu..macam tak percaya jek kan?mana ler tau kena tipu ke..tapi alhamdulillah, terimakasih kepada cik Anis dan Encik Epul...gi sana, bagi car registration number, dan tunggu di luar tempat parking berhadapan lobby hotel. Dapat key, kami masuk ke dalam Tiara Beach Resort....

Gi tengok bilik dulu...hmm..not bad tapi mungkin sebab dah lama established. furnitures bukan jenis moden laa...kami 5 beranak pilih studio type...nah...bilik air satu aje...berebuttt...kat bilik, ada disediakan seterika,sejadah,microwave,gelas,pinggan,sudu,garfu,pencuci mangkuk dan span, penyapu..he..he..

lepas sembahyang zuhur, kami pun terus ke bawah..apa lagi..mandi ler...nak mandi bila-bila boleh tapi dari kul 8 pagi sampai 8 malam tak salah..

Kami makan di luar sebab tak thru hotel.depa kata makanan-nya tak setanding harga. Jenuh juga mencari restaurant seafood..tak tau mana sedap...malam pertama salah kedai, malam kedua kami pergi jauh skit, tapi tak ingatlah nama dia...yang restaurant ni sedap dan harga berpatutan..

Sempat gak beli souviniours key-chain untuk kengkawan dan beli t-shirt sorang satu untuk kami anak-beranak...























Pasar Tani- Booth Imtiyaaz

dapatkan promosi terkini dari kami terkini di pasar tani Indahpura,Kulaijaya Johor hari ini(31/05/2010)...
http://imtiyaaz-eila.blogspot.com/