Wednesday, June 23, 2010

Handphone besar

Di dalam kereta semasa Ibu sdang memandu,
Kakak : Ibu, handphone kakak rosak beli baru ke?
Ibu : Ya
Kakak : Yes! Kakak tak nak jenis yang sama tau. Kakak nak yang sama macam kawan kakak..Tapi handphone dia besar laa..
Ibu : Besar macam mana kakak?
Kakak : Besar lah…Tapi tak de lah besar macam motor tu (…sambil menudingkan jari ke arah motor di depan kami) . Besar macam gini(…sambil menggunakan kedua-dua tangan untuk menunjukkan besar mana handphone tu)
Ibu : Hmmm…bukan besar la kakak..Tebal…




Kumon matematik

Kakak : “Ibu, kakak malas lah nak masuk Kumon lagi. Nanti masuk bahagi kakak tak tau nak buat” <- Kebetulan masa tu di sekolah dia belajar bahagi dan masa tu susah sekali
Ibu ; “Dulu, kakak yang nak masuk sangat, buat aje laa. Kalau tak belajar, macam mana nak pandai?”
Abang : “Tak pe nanti kalau belajar bahagi, abang ajar kakak”
Kakak : “Tak nak..sekarang kakak belajar campur, nanti kalau sampai bahagi, ganti dengan abang, abang pulak pergi Kumon”
<- pulakk dahh…




Semasa tengok sebuah drama

Ibu : “Asyik nak berpeluk aje si M*** ngan A*** ni”
Masa M*** dah berbaik dengan A***, mereka pun melagakan kepala -
Kakak : “Isykh….tak de kutu ker?




Monday, June 14, 2010

Melaka Wonderland














Pada June 2010, kami sekeluarga telah berkunjung ke Melaka Wonderland (5 beranak).Oleh kerana cuti sekolah, harga pun ikut rate public holiday, tapi ada family package RM99 untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak..semestinya untuk baby... free..
Masa nak masuk tu , ada pengawal periksa semua beg-beg yg kita bawak. Ala2 kastam yang check barang seludup lah, ha, macam tulah gayanya. Sebab apa? Sebab diorang takut kita ada seludup makanan masuk dalam premis Wonderland tu.

Tempat baru, semuanya nampak cantik tapi kami rasa Melaka Wonderland perlu mempercepatkan lagi proses tumbesaran pokok-pokok di sekeliling tapak permainan (Tapi macam mana nak cepatkan tumbesaran pokok tu ek?). Sebab...Panas tu..takde pokok untuk berteduh..kat dalam Wonderland banyak sangat guna jalan yang di-tarkan...lepas tu alas pelapik di atas jalan tar tak di siram air, naik pijar jugaklah kalau jalan berkaki ayam masa nak bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi. Dinasihatkan , kalau anda berhajat nak kesana , jangan lupa guna selipar ke apa ke ...asalkan tak berkaki ayam.

Toilet? bersih lah jugak..tapi ada juga tandas yang tidak boleh di gunakan..tapi kira puas hati lah tahap kebersihan tandas tu. Nak dijadikan cerita , kami tertinggal boya/pelampung untuk baby kami, ingatkan nak beli lain kat kedai serbaguna Wonderland tu ,tapi tak sangka pula tak de di jual kat situ. Kira tak berapa serbaguna lah...
Lagi satu pengalaman masa nak guna safety box dia. Sekali guna satu token berharga RM4. Oleh kerana jarang guna peti macam ni , kalau anda tesilap langkah , token anda mungkin akan ditelan. Jalan penyelesaian nya ...beli lagi satu token RM4. So , hari tu , untuk simpan barang je ..habis RM8. Isk ...padan muka sendiri.



Tang makan pulak, kat sana semuanya RM10 dalam bentuk set, ada set nasi ayam,mee,spagetti,nasi lemak,etc...tak de ala-carte..kami nak beli spagetti pun kena beli set..at least bagi lah kami pilihan sebagai pembeli. Air pula air berkarbonat...Buah dapat buah epal hijau comel...tak pasti samada buahnya bertukar-tukar ke tak..rasanya free untuk hari tu je kot. Bila perut dah lapar , makanan sejuk pun terasa sedap.


Tapi anak-anak kami suka main air di sana... enjoy sakan diorang main air.. semua permainan dapat diorang main ..berkali-kali ...tak payah tunggu-tunggu..tak payah beratur...kenapa? .Sebab tak de orang. Bukan kata budak-budak , tapi ada satu group makcik-makcik yang datang tu pun enjoy sakan main slide air kat sana . Memula tu macam tak konfiden je tengok makcik-makcik tu nak race antara diorang , tapi bila dah tau thrill dia , tah berapa puloh kali tah diorang race. Kami tumpang ketawa je lah. Semua atas satu sebab ... iaitu
takde pengujung. Memang RM99 tu mahal jugak , tapi berbaloi lah jugak sebab dapat main semuanya tanpa nak tunggu2 , beratur2 tu semua....








Nenek

Dalam bulan Syawal :
Kakak : “Ibu, kalau malam raya, kenapa kakak kena pergi umah nenek?”
Ibu : “Yea lah…malam raya selalunya macam gitu. Sambil buat persiapan nak raya besok, masa tu lah masa nak berkumpul adik-beradik/anak beranak”
Kakak : “Ohh…hmmm… mak long tu nenek cik nur ke?”
Ibu : “Kenapa kakak cakap macam tu?”
Kakak : “Abis tu, bila malam raya cik nur balik umah mak long?”
Ibu : “Mak long, kakak cik nur yang paling tua…Ibu kan dah tak de atok minah dan atuk akop, mak long yang paling tua, sebab tu adik-adik pergi umah mak long..”



Pilih suami

Semasa balik dari rumah,tengah nak parking kereta :
Kakak : “Ibu, macam mana ibu pilih ayah jadi suami ibu?”
Ibu : “Kenapa kakak cakap macam tu?”
Kakak : “ Yea lah…macam mana nanti nak pilih suami kakak…nanti mana tau dia suka hisap dadah ke, minum arak ke? Takutnyaa…”
Ibu : “Kakak tengoklah keluarga dia dulu. Kalau keluarga yang baik, insya’allah orang tu baik”




Penangan melihat 2012

Semasa sedang menghantar bebudak ke taska
Kakak : “Ibu, murahnyaaaa rumah ni!!! RM dua ratus Sembilan puluh lapan ringgit aje..kakak nak belilah…”
Ibu : “Ada kosong-kosong kat belakang dia lah kakak…Nak dekat 3 ratus ribuu..”
Kakak :”Eh yea ke?”
Ibu : “Yea lah..mana ada rumah murah-murah…Kalau nak beli rumah mahal-mahal, kenalah belajar rajin-rajin…”
Kakak : “Tapi kan dunia sampai 2012 aje..sampai kakak darjah 5…kenapa nak belajar rajin-rajin?..”
Ibu : “…….Itu cerita aje lah kakak..Bukannya betul pun..Kita tak tau…Hanya Allah aje yang Maha Mengetahui”




Wednesday, June 9, 2010

Alahai anak omak!!!

Anda ada anak perempuan? orang jepun panggil anak perempuan "musume":娘(むすめ)

Rumah sebelah kami kosong sampai sekarang – Rumah untuk disewa /jual
Kakak : “Ibu, kakak takut kalau abang kahwin dulu”
Ibu : “ Kenapa?”
Kakak : “Nanti kalau abang kahwin dulu, dia mesti nak beli rumah sebelah ni..abis tu kakak nak duduk mana nanti?”
Ibu : “Kalau dah kahwin, jangan duduk dekat-dekat..duduk lah jauh-jauh..”
Kakak : “tak nak!...Nak jugakkk duduk sebelah rumah ibu!”



Tuesday, June 8, 2010

Cik Mat Tak Selamat

Nak citer sikit insiden yang berlaku…kalau di fikirkan balik gelihati mendengarnya…
Bulan Julai 2009, semasa masih dalam cuti bersalin dan tengah window shopping di IOI Mall, aku mendapat telefon dari nombor yang tidak di kenali.

Bila dengar suara, rupanya suara anakku mengatakan sambil suaranya seakan-akan hendak menangis…

Kakak : “Ibu, tolong bawakan kakak buku Cik Mat Tak Selamat ke sekolah?
Ibu : “Apa kakak? Cuba ulang balik?” < biasalah kat dalam shopping mall mana dengar clear…
Kakak : “Cikk Matt Takk Selamatttt”
Ibu : “Tak dengar lah kakak..Ni pakai nombor telefon sapa ni?”
Kakak : “Teacher punya. Dia yang suruh call suruh bawak buku tu..Cikkk Matttt Takkk Selamatttttt”
Ibu : “Hmmm…tak dengarlah kakak…Cuba kakak cakap slow-slow???Kat mana buku tu? Ibu bukan ada kat umah ni”<- baru sampai 5 minit kat IOI ni..
Kakak : “Cikkk……. Matttt………. Takkk…….Selamatttttt Kat tempat buku-buku. Bawak ke sekolah tau, kakak tunggu…”

Aku terpinga-pinga..apa punya silibus kat sekolah ni…dulu kecik-kecik tak pernah dengar pun.. buku cerita agaknya.. Aku pun balik dengan tergesa-gesa. Sampai di rumah, baru terperasan.. “Cermat Tiba Selamat” rupanya…Itulah…kekadang kita sebagai ibu bapa pun tak peka dengan pelajaran anak-anak di sekolah…Sampai hari ini, kalau terpandang buku itu, aku akan tersengih-sengih sendirian..


My Water Moments

My Water Moments

Hi, I am Sofea, I am 13 months old. I’m still new to this world. Anything I see is new to me. When I went to Tiara Beach Resort with my family, really-really for the first time in my life, I got changed to a yellow what so called bikini by my mom. But maybe she’s afraid of me getting cold(but I’m already wet), she wore me a shirt inside.
She also bought me a yellow buoy where I can sit and crawl my leg like sitting in a walker…ha..ha..ha..

My first moment playing with water was ?!@#$%^&*(). I saw my sister and my brother enjoyed playing with water. But I’m not too sure what should I play. Just sitting on the buoy and my mom bring me here and there and try to make me laugh…ha..ha..ha…

3 days 2 night we were at Tiara Beach Resort, I’ve been in a water theme park 3 times…I cannot think much but what I remembered now was I’m not afraid with water anymore and my bathing moment is the great event which I'm always waiting for every day(twice a day! ..)..

And it is really great if I could share my water moments after this with the ‘MY SONY TX5’…With water-proof and shock-proof(I’m only 130cm) SONY TX5 has, I have no doubt my parents would allow me to use it anywhere and anytime I want…he..he..he



Water-proof
Dive in with the water-proof Cyber-shot TX5. Capture beautiful underwater shots up to 3m deep for up to 60 minutes*.

Temperature-proof
Keep on shooting even below freezing point up to –10ºC** with this tough camera in harsh weather conditions.

Dust-proof
With the superb dust-resistance of the Cyber-shot TX5, you can be assured to always get spotless images whatever the environment is!

Shock-proof
The shock-proof design of the Cyber-shot TX5 allows drops of up to a height of 1.5m*, the usual height we hold the camera for photo-taking.

Me without the yellow buoy in Melaka Wonderland(June2010) - actually my mom forgot to bring my 'yellow-walker'..aha... but she did brought me my sister's 8 years swimming suit..I'm only 13mth...hu..hu..












Thursday, June 3, 2010

What will a chicken do?

I cannot remember when I heard from Hits.FM....but this question really makes me laugh..ha..ha..ha..

"WHAT WILL A CHICKEN DO WHEN IT SAW A FRIED CHICKEN?"..maybe KFC?


Buat Duit Dengan Nuffnang

信じられないです。。。50センもらちゃった。。。嬉しい。。。

hmmmm...macam tak percaya aje...dapat 50sen...seronoknyaa...berminggu-minggu cuba...akhirnya dapat juga...alhamdulillah...masih tengah belajar lagi..he..he..he..

Step 1 : Create blog
Step 2 : Register blog di nuffnang
Step 3 : Paste nuffnang code di Header, Body dan juga Side Frame.
Step 4 : Buat trafic ke blog anda guna http://innit.nuffnang.com
Step 5 : Rajin-rajinlah update blog anda setiap hari
Step 6 : Promosi blog anda

Sebelum tu baca tips-tips "Cara-cara buat duit dengan Nuffnang". type aje ler keyword tu kat google, berlambak keluar

Renung-renungkan...dan selamat belajar...