Wednesday, November 24, 2010

Seikhlas manakah hati anda apabila ber”Facebook”?

Sana-sini semua orang ada akaun FB..dari anak kecil sehingga yang pangkat atuk/nenek pun dah ada FB. Saya juga ada akaun FB tapi saya bukan FB tegar.(baru-baru ni saya dah de-activate pulak)

Memang seronok melihat rakan-rakan lama dari sekolah rendah lagi, dah berbelas-belas tahun tak berjumpa, dapat tengok gambar latest pun jadi lah…Seronok jugak melihat perkembangan rakan yang berjaya dalam bidang diceburi, membaca info-info yang baik dan boleh di teladani, ada yang sempat berniaga juga seperti saya,he,..he..he…

Mula-mula tu seronok jugak..type ajelah kat Wall tu, nanti semua orang boleh baca luahan/info dari kita.
Tapi terfikir di hati ini…adakah PERLU?
Perlukah kita memberitau apa yang kita buat setiap masa?
Berbaloikah masa yang kita gunakan untuk ber-FB?
Berapa ramaikah yang set the highest security terhadap gambar-gambar?
Bagaimana pula gambar yang kita uploadkan ke FB boleh di download sesuka hati oleh orang yang kita kenal atau tidak kenali sekiranya level security yang kita set begitu rendah sekali?

Tapi yang paling penting,”Apabila anda taip apa-apa di FB, adakah taipan itu ikhlas untuk tatapan rakan FB anda?” Hanya ditakuti ianya di selami dengan riak, menunjuk-nunjuk, bangga diri,dll. Tepuk dahi..err..sakit tak?