Tuesday, March 31, 2015

Oh NGV ku

Saya dah pasang NGV...Penjimatan 75% kos telah di rasai...Anda bila lagi?

- SEBELUM
1. Ramai orang termasuk saya menganggap pemasangan NGV adalah membahayakan.Bukan apa takut meletup macam tong gas...kih!kih1kih!
2. Ramai orang termasuk saya menganggap pemasangan NGV adalah merugikan...Yealah! nak kena lebur 4-5 ribu ringgit baru leh guna..
3. Ramai orang termasuk saya menganggap pemasangan NGV nanti performance kereta akan lembab gitu...
4. Ramai orang termasuk saya menganggap harga pemasangan NGV amik yang murah-murah ajelah..NGV jugak....

TETAPI..persepsi saya mengenai NGV berubah apabila saya pergi ke kedai CITY NGV di Taman Putri, Kulai.Ini bukan sebab saya ni dealer kepada kedai tu yea...Just nak kongsi pengalaman dan pendapat sahaja...Cuma kalau anda pergi CITY NGV tu, jangan lah lupa bagitau kat owner tu yang anda INFO BAIk PUNYA dapat dari blog kami ni...

Tips-tips sebelum pemasangan NGV :
1. Paling penting : LOKASI...pastikan tempat pemasangan NGV berdekatannnn dengan rumah anda atau tempat kerja anda. pastikan juga stesen minyak NGV ADA berhampiran dengan rumah anda atau tempat kerja.
2. 2nd penting : KOS...Jangan sebab ingat nak murah, ada promosi terBAIK membuatkan anda terbeliak mata dan memasang NGV di tempat yang salah..
3. Pastikan KUALITI pemasangan adalah mengikut keselamatan..Ada certain mekanik mungkin ikut jalan pintas aje untuk pemasangan salur NGV..Untuk NGV saya, NGV CITY mengambil masa 4 hari just untuk pemasangan.
4. Fikirkan tentang ROI - Return Of Investment. Semakin jauh perjalanan semakin cepat pulangan. Kalau jarak ke tempat kerja sekangkang kera tahun ke berapa nak dapat untung tu...
5. Pastikan JENIS kereta yang ada hendak pasang NGV. Tak semua kereta leh pasang sesuka hati.
6. Dapatkan info atau buah fikiran dari rakan yang ada pengalaman dalam pemasangan NGV

PENDEK KATA, harga minya turun, harga minyak naik, tak payah pening kepala NGV punya harga dari dulu sampai sekarang maintain 68 sen. Dalam sebulan, saya hanya membelanjakan RM10-RM15 half tank sahaja untuk petrol, Itupun semasa untuk start enjin hingga kereta mencapai 2000rpm. Once capai rpm, automatic akan bertukar kepada NGV...jimat jimat...