Monday, June 14, 2010

Melaka Wonderland














Pada June 2010, kami sekeluarga telah berkunjung ke Melaka Wonderland (5 beranak).Oleh kerana cuti sekolah, harga pun ikut rate public holiday, tapi ada family package RM99 untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak..semestinya untuk baby... free..
Masa nak masuk tu , ada pengawal periksa semua beg-beg yg kita bawak. Ala2 kastam yang check barang seludup lah, ha, macam tulah gayanya. Sebab apa? Sebab diorang takut kita ada seludup makanan masuk dalam premis Wonderland tu.

Tempat baru, semuanya nampak cantik tapi kami rasa Melaka Wonderland perlu mempercepatkan lagi proses tumbesaran pokok-pokok di sekeliling tapak permainan (Tapi macam mana nak cepatkan tumbesaran pokok tu ek?). Sebab...Panas tu..takde pokok untuk berteduh..kat dalam Wonderland banyak sangat guna jalan yang di-tarkan...lepas tu alas pelapik di atas jalan tar tak di siram air, naik pijar jugaklah kalau jalan berkaki ayam masa nak bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi. Dinasihatkan , kalau anda berhajat nak kesana , jangan lupa guna selipar ke apa ke ...asalkan tak berkaki ayam.

Toilet? bersih lah jugak..tapi ada juga tandas yang tidak boleh di gunakan..tapi kira puas hati lah tahap kebersihan tandas tu. Nak dijadikan cerita , kami tertinggal boya/pelampung untuk baby kami, ingatkan nak beli lain kat kedai serbaguna Wonderland tu ,tapi tak sangka pula tak de di jual kat situ. Kira tak berapa serbaguna lah...
Lagi satu pengalaman masa nak guna safety box dia. Sekali guna satu token berharga RM4. Oleh kerana jarang guna peti macam ni , kalau anda tesilap langkah , token anda mungkin akan ditelan. Jalan penyelesaian nya ...beli lagi satu token RM4. So , hari tu , untuk simpan barang je ..habis RM8. Isk ...padan muka sendiri.



Tang makan pulak, kat sana semuanya RM10 dalam bentuk set, ada set nasi ayam,mee,spagetti,nasi lemak,etc...tak de ala-carte..kami nak beli spagetti pun kena beli set..at least bagi lah kami pilihan sebagai pembeli. Air pula air berkarbonat...Buah dapat buah epal hijau comel...tak pasti samada buahnya bertukar-tukar ke tak..rasanya free untuk hari tu je kot. Bila perut dah lapar , makanan sejuk pun terasa sedap.


Tapi anak-anak kami suka main air di sana... enjoy sakan diorang main air.. semua permainan dapat diorang main ..berkali-kali ...tak payah tunggu-tunggu..tak payah beratur...kenapa? .Sebab tak de orang. Bukan kata budak-budak , tapi ada satu group makcik-makcik yang datang tu pun enjoy sakan main slide air kat sana . Memula tu macam tak konfiden je tengok makcik-makcik tu nak race antara diorang , tapi bila dah tau thrill dia , tah berapa puloh kali tah diorang race. Kami tumpang ketawa je lah. Semua atas satu sebab ... iaitu
takde pengujung. Memang RM99 tu mahal jugak , tapi berbaloi lah jugak sebab dapat main semuanya tanpa nak tunggu2 , beratur2 tu semua....








No comments:

Post a Comment