Tuesday, June 8, 2010

Cik Mat Tak Selamat

Nak citer sikit insiden yang berlaku…kalau di fikirkan balik gelihati mendengarnya…
Bulan Julai 2009, semasa masih dalam cuti bersalin dan tengah window shopping di IOI Mall, aku mendapat telefon dari nombor yang tidak di kenali.

Bila dengar suara, rupanya suara anakku mengatakan sambil suaranya seakan-akan hendak menangis…

Kakak : “Ibu, tolong bawakan kakak buku Cik Mat Tak Selamat ke sekolah?
Ibu : “Apa kakak? Cuba ulang balik?” < biasalah kat dalam shopping mall mana dengar clear…
Kakak : “Cikk Matt Takk Selamatttt”
Ibu : “Tak dengar lah kakak..Ni pakai nombor telefon sapa ni?”
Kakak : “Teacher punya. Dia yang suruh call suruh bawak buku tu..Cikkk Matttt Takkk Selamatttttt”
Ibu : “Hmmm…tak dengarlah kakak…Cuba kakak cakap slow-slow???Kat mana buku tu? Ibu bukan ada kat umah ni”<- baru sampai 5 minit kat IOI ni..
Kakak : “Cikkk……. Matttt………. Takkk…….Selamatttttt Kat tempat buku-buku. Bawak ke sekolah tau, kakak tunggu…”

Aku terpinga-pinga..apa punya silibus kat sekolah ni…dulu kecik-kecik tak pernah dengar pun.. buku cerita agaknya.. Aku pun balik dengan tergesa-gesa. Sampai di rumah, baru terperasan.. “Cermat Tiba Selamat” rupanya…Itulah…kekadang kita sebagai ibu bapa pun tak peka dengan pelajaran anak-anak di sekolah…Sampai hari ini, kalau terpandang buku itu, aku akan tersengih-sengih sendirian..


No comments:

Post a Comment